KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Friday, February 18, 2011

Sekolah Terbaik

Sekolah terbaik Oleh Misiah Taib misiah@bharian.com.my 2011/02/18


DUA murid, Senita Thomas dan Felix Jana Florence mengulang kaji pelajaran di Pondok PIBG SK Ulu Lubai, Limbang.

MUHYIDDIN bersama isteri, Norainiee berbual dengan murid SK Ulu Lubai selepas Majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di SK Ulu Lubai, semalam.

SK Ulu Lubai antara 23 SBT 2011o Duduki tempat ke-54 pada 2009
Lonjak ke tempat pertama pada 2010o Menangi 2 anugerah peringkat antarabangsa 2009

LIMBANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.Katanya, SK Ulu Lubai, adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT dan mengucapkan tahniah kepada guru besar, guru, murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah itu yang berjaya menempa sejarah. “Ini pencapaian amat istimewa. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan.“Dengan keadaan sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak,” katanya berucap pada majlis pengiktrafan SBT Kohort 2 di SK Ulu Lubai di sini, semalam.Hadir sama, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan guru besar sekolah itu, Jaul anak Bunyau.Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010, dengan pencapaian amat membanggakan.Beliau berkata, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.Katanya, sekolah itu juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.“SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.“Sesuatu yang unik mengenai sekolah ini ialah sokongan dan kerjasama masyarakat setempat dalam semua aktiviti dirancang bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah termasuk gotong-royong dan membantu sekolah menyediakan makanan pelajar di asrama.“Hasilnya, SK Ulu Lubai mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan amalan terbaik ‘Council of Commonwealth Education Ministers’ (CCEM),” katanya.Komitmen luar biasa guru, ibu bapa lonjak SK Ulu LubaiLIMBANG: Semangat dan komitmen luar biasa guru besar, guru dan ibu bapa menjadi rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, dipilih sekolah pedalaman pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).Watikah pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada guru besarnya, Jaul anak Bunyau, di sekolah itu semalam, ketika mengumumkan senarai 23 SBT kohort kedua di sekolah terbabit.Jaul, 48, yang menjadi guru besar di situ sejak 1998 berkata, kejayaan itu hasil usaha bersama guru dan ibu bapa yang komited dalam semua aktiviti pembelajaran, pengajaran dan kokurikulum murid di situ.“Ibu bapa mungkin tidak dapat menyumbang kewangan kerana mereka hanya petani dan buruh kasar, tetapi komited membantu sekolah dalam semua aktiviti yang kita rancang untuk murid di sini,” katanya ketika ditemui.Beliau berkata, komitmen luar biasa ini menyebabkan SK Ulu Lubai berjaya mencatat kelulusan 100 peratus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lima tahun berturut-turut sehingga 2010, serta pernah memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 anugerah peringkat negeri dan 46 lagi pada peringkat bahagian dan daerah.
FAKTA23 Sekolah Berprestasi Tinggi
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Thursday, February 17, 2011

Tahniah



Kohort ke-2: TPM umum 23 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi
17/02/2011 12:21pm
Limbang 17 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 23 buah lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua menjadikan jumlah keseluruhannya di seluruh negara menjadi 43 buah.
Lebih istimewa, salah sebuah daripada senarai itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, di sini, yang mencatat sejarah sebagai sekolah pedalaman pertama yang mencapai status SBT. – Utusan

Wednesday, February 16, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

17 Februari 2011...di SK Uliu Lubai Sarawak..mungkinkah akan menjadi sejarah dan nostalgia baru bagi seluruh warga SKSAT....


Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi KOHORT 2 Tahun 2011
SR/4/2/11
Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin akan menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 Tahun 2011 di SK Ulu Lubai, Limbang pada 17 Februari 2011 jam 11.00 pagi.
Khamis Februari 17, 2011
23 Buah Sekolah Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi
LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.
Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tahun lepas 20 sekolah diumum sebagai SBT.
Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.
Menurutnya sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Katanya sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. -BERNAMA


Lawatan Kepala Sekolah Dari Sumatera Barat


















SK BANDAR MENTAKAB PAHANG

Lawatan muhibah dan penanda arasan SK. Bandar Mentakab ke SKSAT










Persaraan Teacher Faridah Mohamad

THANK YOU,THANK YOU 1000x












Monday, January 31, 2011

Kunjungan Terakhir PPD sebelum Bersara

PPD Kubang Pasu, Tuan Hj.Abu Yazit Zain telah pun bersara wajib pada
30.01.2011.
Ini merupakan kunjungan terakhir beliau ke SKSAT
TERIMA KASIH TUAN..

Lawatan Penanda Aras IPGM Perlis




Saturday, January 8, 2011

WACANA BESTARI TAHUN 6

Satu perjumpaan Guru , PIBG dan waris telah diadakan pada 08.01.11
di Dewan Seri Melur bagi membincangkan wawasan tahun 6 (2011)










Wednesday, January 5, 2011

2 ustazah BERSARA


4 Januari 2011.. 2 Ustazah SKSAT iaitu Ustazah Hjh Siti Ajar Awang dan
Ustazah Hjh Roshadah Omar telah menamatkan perkhidmatan sebagai
pendidik setelah bersara wajib pada hari ini.
Ceria.....20 tahun berkhidmat di SKSAT