SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,SEKOLAH KLUSTER,ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN.
Sunday, September 6, 2009
Taklimat Kluster
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.