Wednesday, July 14, 2010

SBT.....laporan dari SKSAT

13.07.10 - Pencalonan SBT
....dan SKSAT telah 'termasuk' dalam kumpulan Band Satu(1).Sehubungan itu PK Pentadbiran SKSAT antara PK 8 buah(7 SK dan 1 SM) di negeri Kedah yang telah dijemput untuk taklimat pengisian borang pencalonan ini di Sekolah Sultanah Asma pada 12.07.2010 ... kita tunggu laporan selanjutnya...

Tindakan:
1. Mesyuarat pertama 13.07.2010 - AJK SBT - Pemakluman dan pengumpulan maklumat mengenai perkara-perkara yang diambilkira untuk penilaian pengiktirafan SBT

2. 14.07.2010 - Laporan dibentangkan...
3. 15.07.2010 - Dilengakapkan di portal NKRA
4. 21.07.2010 - SK.Sultan Ahmad Tajuddin telah dilawati oleh seramai 6 orang nazir untuk memantau pencalonan sekolah berprestasi tinggi.



Usaha Tangga Kejayaan
Menjadi Motto warga SKSAT
Kualiti Kluster menjadi kenyataan
Bagaimanakah pula dengan SBT ? ...


Surat SBT kohot 2
Sabtu, 2010 Julai 10
Pencalonan Sekolah SBT
PERHATIAN KEPADA PENGETUA / GURU BESAR

1. Borang Pencalonan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
boleh diakses melalui Portal NKRA-Pendidikan mulai 2 Julai 2010.

2 Semua sekolah dalam Band Satu (1) , kecuali yang telah diiktiraf sebagai
SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan tersebut menerusi Portal NKRA-Pendidikan

3 Sekolah diluar Band Satu (1) boleh melihat borang tersebut untuk
mengenalpasti perkara-perkara yang diambilkira untuk penilaian pengiktirafan SBT.

4 Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan
MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan untuk memudahkan urusan
pemantauan dan penilaian.

5 Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.

6 Tarikh tutup pencalonan di Portal NKRA-Pendidikan untuk pengiktirafan
SBT adalah 15 JULAI 2010 jam 12 malam.



Sekolah SBT diberi autonomi:

* Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
* Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
* Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
* Memanjangkan waktu persekolahan.
* Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
* Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
* Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
* Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
* Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
* Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
* Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
* Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :

* Pencapaian akademik yang cemerlang.
* Melahirkan personaliti unggul.
* Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
* Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
* Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
* Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

1 comment:

  1. SAYA DANIAL DARI KELAS 4 SEROJA SAYA GEMBIRA DAPAT BERSEKOLAH DI SKSAT

    ReplyDelete