KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Thursday, July 30, 2009

LOGO DAN LAGU

LENCANA SEKOLAH


Warna dan Takrif:

Warna biru - melambangkan kesopanan dalam usaha mewujudkan masyarakat berbudaya, penyayang dan semangat perpaduan di kalangan murid.

Warna putih - melambangkan kesucian serta kebersihan hati murni para pelajar untuk menerimawadah keilmuan.

Warna merah - mengambarkan semangat keberanian dalam usaha menempuh cabaran untuk menegak ilmu.

Struktur, Komposisi dan Takrif:

Obor (damar) bermaksud usaha tangga kejayaan dan cahaya pada obor itu pula ibarat cahaya yang menerangi hidup seseorang pelajar. Garisan luar mengelilingi keseluruhan lencana menunjukkkan kekuatan dan disiplin murid. Garisan tengah yang merentasi antara dua penjuru melambangkan pelbagai bansa di kalangan pelajar sekolah ini manakala garisan putih berbentuk buku di bahagian bawah bermaksud murid-murid sentiasa diberikan semangat dan galakan untuk membaca.


Lirik lagu

Usaha Tangga Kejayaan


Riang sungguh rasa hati ku

Setiap hari datang ke mari

Mari belajar mengikut waktu

Bagai musim bergilir ganti

Ibu dan ayah turut gembira

Melihat guru beri ajaran

Membimbing kami setiap masa

Bagaikan laut tiada sempadan

Kami ibarat kain yang putih

Untuk dicorak berwarna warna

Bawalah kami ke jalan bersih

Supaya hasrat direstui

Wahai ayah ibu pertiwi

Engkaulah cahaya dalam geliti

Kami belajar untuk berbakti

SSAT terus berjaya.

1 comment:

  1. Syamsul batch 1989-19942:22 AM

    bukan ke lirik tu main belajar mengikut waktu.. sejak bila ia diubah..

    ReplyDelete