KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Monday, October 19, 2009

Robot SKSAT
















D'raya dTajuddin

1malaysia.JPG





PANTUN HARI RAYA

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai



Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Caklempong


Pasukan Caklempong SKSAT yang baru ditubuhkan pada awal 2009
telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sekitar
daerah ini. Antaranya majlis tersebut adalah:
Perasmian MSS Kedah di UUM yang dihadiri oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Hari Anugerah SMK Tengku Bendahara yang
disempurnakan oleh Sultan Kedah,
Promosi Pameran Kraf Peringkat Negeri,
Hari Anugerah Kokurikulum dan Kualiti Daerah Kubang Pasu
dan Hari Anugerah Kokurikulum Negeri

3K dan Memperkasa Sekolah

Program 3K berkonsep baru mulai 200404/12/2003 11:15 a.m.
Oleh ZALINA YAHAYA
ABDUL RAFIE MAHAT
PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang akan menggabungkan tiga program berasingan.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, program 3K kini dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K.
Inisiatif 3K katanya, akan meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.
Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini.
Setiap program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah.
Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah.
Dalam surat siaran bertarikh 10 November lalu itu, Abdul Rafie berkata, penyusunan semula program 3K ini dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.
"Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua-dua program tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan kedua-dua program disusun semula supaya lebih efektif dari sudut pelaksanaan."
"Mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja," katanya.
Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah.
Akhbar Utusan Malaysia menerusi ruangan Pendidikannya adalah akhbar rasmi program ini sejak program ini diperkenalkan, selain penaja lain, Tetra Pak.
Tambah Abdul Rafie lagi, dengan penyusunan semula program itu, setiap program akan dipantau oleh tiga pasukan yang berasingan, terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan lain yang relevan dengan program tersebut.
Program Inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian

Pelancaran Memperkasa SK di Kubang Pasu


NOOR Rezan menerima cenderamata daripada Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia, Mohd Zaini Nasri semasa melawat ke gerai pameran universiti itu sempena Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Teras 3 di Kubang Pasu.

MAJLIS Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Teras 3 iaitu Memperkasa Sekolah Kebangsaan Peringkat Daerah Kubang Pasu dilancarkan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra.

Noor Rezan berkata, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan dalam menghadapi persaingan abad ke-21.

Katanya objektif memperkasa sekolah kebangsaan bertujuan untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada kanak-kanak sekolah tanpa mengira bangsa, kaum dan agama yang dianuti supaya menjadi sekolah pilihan utama masyarakat negara ini.

Beliau yakin dengan majlis pelancaran ini daerah Kubang Pasu telah menyusun program yang terancang untuk membantu meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik ke arah negara Maju 2020 seperti yang direncanakan.

Katanya, empat faktor lain dalam menentukan objektif memperkasa sekolah kebangsaan seperti penyerapan unsur agama dalam sistem perdana, penyediaan pengajaran bahasa ibunda, sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan ibu bapa dan telah merancang untuk menyediakan latihan secara berterusan kepada semua warga pendidik di samping meningkatkan kualiti prasarana di sekolah jenis ini agar dapat menyumbang kepada pembentukan insan cemerlang.

``Saya harap penekanan lain seperti melahirkan pelajar bumiputera yang menguasai ilmu selaras dengan usaha membangunkan modal insan dan merapatkan jurang pendidikan di kalangan pelajar Melayu luar bandar turut dilaksanakan,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis yang dihadiri lebih 2,300 pendidik di daerah tersebut.


NOOR Rezan menurunkan tandatangan sambil diperhatikan oleh sebahagian pendidik dan pelajar yang hadir di majlis tersebut.

Sempena majlis perasmian itu Noor Rezan turut menyampaikan Anugerah Khas Sekolah Cemerlang daerah itu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Darul Aman kerana pencapaian terbaik dalam bidang akademik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara untuk pencapaian terbaik Pusat Sumber Sekolah dan SMK Pulau Nyior untuk pencapaian terbaik Kokurikulum.

Bagi kategori Anugerah Sekolah Perkasa Daerah pula dimenangi oleh SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Jitra, SK Bandar Darul Aman, SM Sultan Abdul Halim dan SMK Jitra.

Manakala Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat Kebangsaan dimenangi oleh SRJK Choong Hwa Kodiang (Sekolah Cemerlang Sekolah Kurang Murid Luar Bandar), SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra (Sekolah Cemerlang Lonjakan Saujana Kokurikulum), SMK Hosba (Sekolah Cemerlang Lonjakan Saujana STPM) dan SMK Jitra.

Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Kepimpinan berkesan dan berkualiti kepada Guru Cemerlang SK Jitra 3, Roslan Desa, bekas Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin, Azizah Razak, Penolong kanan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Osman Noor dan Pengetua Cemerlang SMK Pulau Nyior, Yahya Tahrin.

Universiti Utara Malaysia (UUM), Institut Perguruan Darul Aman, Kolej Komuniti dan beberapa sekolah di daerah ini turut menyediakan ruang pameran untuk memeriahkan majlis itu.




Pertandingan Robotik - Cungkil bakat saintis muda

25/08/2003 11:11 a.m.

Oleh: rajmah hasan shirat

Pelajar dari Sekolah Menengah Kolej Melayu Kuala Kangsar dari kiri, Mohd Idraki Khalil memenangi pertandingan mencipta robotic peringkat kebangsaan kategori pelajar sekolah menengah. Mereka akan mewakili pelajar lain untuk bertanding diperingkat antarabangsa di Korea Oktober ini.

TERKINI bidang sains dan teknologi (S&T) menguasai kehidupan manusia. Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan, usaha awal perlu dilakukan bagi melahirkan generasi yang bertenaga pakar dalam bidang berkenaan pada masa depan.

Justeru Kementerian Pendidikan mempunyai rencah tersendiri bagi menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan S&T.

Pertandingan Robotik Remaja Kebangsaan (MJRC) 2003 baru-baru ini merupakan antara beberapa projek penggalakan bidang S&T membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta.

MJRC 2003 anjuran Pusat Sains Negara (PSN) pada 14 Ogos lalu merupakan projek perintis yang bertujuan menggalak serta mencungkil bakat pelajar sekolah dalam bidang robotik.

Projek tersebut yang mendapat kerjasama Tithes Corporation Sdn. Bhd., iaitu pengedar tunggal permainan LEGO menerusi Bahagian Pendidikan LEGO syarikat berkenaan.

Projek perintis itu telah disertai oleh sebanyak 43 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.

Sekolah-sekolah terbabit telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sejak Oktober lalu adalah berdasarkan keaktifan, potensi dan prestasi masing-masing dalam pembangunan bidang S&T.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah menengah dan peringkat sekolah rendah, melibatkan sebanyak 21 buah sekolah menengah dan 22 buah sekolah rendah.

Kategori sekolah menengah terdiri dari pelajar tingkatan satu dan dua manakala kategori sekolah rendah pula terdiri dari murid tahun empat hingga enam.

Menurut Pengarah PSN, A. Jayanath, pertandingan memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Katanya, kemahiran untuk memprogramkan robot melaksanakan sesuatu tugas memerlukan pelajar menguasai kemahiran asas komputer.

"Pertandingan seumpama ini bukan sahaja merupakan aktiviti `hands on' yang menyeronokkan tetapi juga memberi peluang pelajar menggunakan serta meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam bidang S&T.

"Malah ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan pembangunan S&T menerusi IT di kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan MJRC 2003 yang diadakan di PSN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pertandingan MJRC 2003 menyaksikan robot Superhero- Penyelamat Pantai ciptaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah memenangi Johan Kategori Sekolah Rendah.

Johan Kategori Sekolah Menengah pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menerusi ciptaan robot `Bionic'.

Hadiah-hadiah berupa sebuah trofi dan empat medal untuk setiap peserta berkumpulan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Datuk Dr. Sharifah Aminah Syed Zain.

SK Sultan Ahmad Tajuddin terdiri daripada empat saintis muda iaitu Mohd. Ariff Mahmud, Muhammad Syahrul Nizam Mohd. Rabi, Mohd. Aiman Aqeem Azizan dan Mohd. Amirul Haziq Ibrahim serta seorang guru pembimbing, Ahmad Rafidi Basroh.

MCKK pula terdiri daripada Ahmad Faiz Zamri Ahmad Nizar, Mohamed Danial Alias, Mohamad Rizzuan Azmi dan Mohammad Idraki Mohd. Khalil serta seorang guru pembimbing, Norkhaizan Mohamed Bandi.

Ketika ditemui pemberita, kedua-dua wakil sekolah berkenaan menyatakan rasa bangga dan gembira kerana terpilih mewakili negara dalam pertandingan robotik peringkat antarabangsa.

Mohd. Amirul Haziq, 10, berkata, beliau bersama rakan pasukannya berazam untuk melakukan terbaik untuk mengharumkan nama negara.

"Kami hendak buktikan bahawa anak Malaysia juga setanding dengan peserta peringkat antarabangsa dalam bidang robotik," katanya yang ditemani guru pengiring, Ahmad Rafidi Basroh.

Sementara itu, Mohammad Idraki dari MCKK pula sama sekali tidak menyangka pasukannya terpilih memenangi Pertandingan MJRC 2003 kerana saingan sengit dari sekolah-sekolah lain.

"Ini merupakan satu penghargaan besar kepada kami, sekali gus memikul tanggungjawab besar untuk mengharumkan nama negara," katanya.

Kesemua peserta berharap dapat mewakili rantau Asean dalam pertandingan yang akan diadakan di Eropah atau Amerika Syarikat.

STAF
















TARIAN sksat





Kursus IAB - GB n PK d SKSAT


Guru Besar dan PK2 dari selurun negeri di Malaysia yang mengikuti kursus di IAB Utara telah mengikuti taklimat pengurusan kurikulum dan kokurikulum yang disampaikan oleh guru-guru SKSAT

taklimat pengajaran KIA

Taklimat NILAM

Taklimat Penulisan dan kurikulium



Taklimat Robotik dan Seni Warisan
serta Kokurilum

Taklimat JQaf dan pengurusan HEM