Asal-usul Cak Lempong
Permainan Caklempong dikatakan berasal dari minangkabau, Sumatera Barat, Di sana Cak Lempong juga disebut sebagai talempong atau taklempong. Permainan caklempong adalah dikaitkan dengan satu cerita lagenda yang berlaku di Kampung Tanah Datar, Minangkabau yang sangat popular iaitu lagenda Tuanku Lareh. Dipercayai Caklempong telah berada di Negeri Sembilan lebih 500 tahun dahulu, Caklempong ini dibawa oleh orang-orang minang yang berhijrah dari Sumetara Barat ke tanah semanjung dan mendirikan penempatan di beberapa bahagian dalam Negeri Sembilan.
Alatan Cak Lempong
Bentuk Cak lempong sama dengan peralatan muzik tradisional negeri lain seperti tetawak, gong dan canang, Cuma saiznya yang berbeza, dengan ukuran 45sm dan tinggi 10sm dan diperbuat dari tembaga.
Cara Bermain Cak Lempong
Asal caklempong dimainkan hanya 5 buah bonang.bonang bermaksud unit caklempong itu sendiri. Pada masa kini caklempong dimainkan dengan satu set penuh sebanyak 55 bonang.
Bonang-bonang cak lempong diletak secara tersusun dalam dua baris diatas bingkai yang dibuat daripada papan dalam bentuk seperti rak empat segi dengan petak-petaknya. Dibahagian petak-petak direntang tali yang disebut tali para, iaitu tempat meletakan bonang-bonang. Bonang-bonang cak lempong disusun dengan menggunakan susunan nada seperti terdapat pada piano iaitu DO, RE, MI, FA, SO, LA, TI, DO
Caklempong dipalu dengan keratin kayu sederhana besar atau rotan sepanjang 30sm, bahagian hujungnya yang dipukul pada tombol dibalut dengan kain atau getah. Alatan ini dimainkan lazimnya dalam keadaan duduk
Susunan peranan pemain cak lempong
Seperti pemainan alatan muzik yang lain caklempong juga mempunyai peranannya yang tersendiri yang diberikan kepada pemain-pemainnya. Set Gerith yang dimainkan adalah sama seperti pemain gitar utama, set sawa pula berperanan seperti bunyi ‘bass’ manakala set tingkah berperanan seperti memainkan kod-kod.
Cak Lempong kebiasaannya dimainkan bagi mengiringi nyanyian serta lagu-lagu berunsur kenegerian, cak lempong di mainkan untuk mengiringi nyayian bongai dan tumbuk kalang, keaslian pukulan bonang begitu mengasyikan, ianya juga selalu dimainkan di majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan juga majlis rasmi negeri.
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri
Negeri ini juga amat popular dengan seni dan budaya yang merangkumi semua aspek kehidupan masyarakatnya. Selain daripada adat, seni dan budaya Negeri Sembilan turut mempunyai keunikan tersendiri yang mungkin berlainan dengan seni dan budaya ditempat lain. Keunikan inilah yang memberi imej dan jati diri yang tersendiri kepada Negeri ini berbanding negeri yang lain.
No comments:
Post a Comment