KECEMERLANGAN AKADEMIK
PENDAHULUAN
Arus perdana pendidikan dunia meledak hebat. Pendidikan negara seiring hambatan teknologi bukan sahaja menuntut kecemerlangan malahan kegemilangan dan keterbilangan akademik agar kita mampu berdiri sama tinggi dan berlari sama pantas dengan bangsa-bangsa lain di pentas global. Lantaran itu, demi merealisasikan impian ini maka sekolah telah mengorak langkah ke hadapan, maju sederap menuju wawasan melestarikan pelbagai program ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan dengan meningkatkan potensi diri murid dalam pelbagai lapangan.
Selain itu, usaha yang berterusan, komitmen tinggi, iltizam utuh dan kondisi muafakat membawa berkat antara pihak pentadbir terutamanya guru besar, penolong-penolong kanan, para guru, murid, waris dan PIBG berjaya merintis perubahan dan pembaharuan. Sepanjang tempoh 11 tahun mengetuai pentadbiran sekolah ini, guru besar iaitu Puan Azizah Abd Razak telah membuktikan kecemerlangan pentadbirannya. Beliau sebagai perintis inspirasi telah mengangkat dan mengharumkan nama sekolah sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Semangat cinta akan sekolah yang dipupuk dalam diri guru-guru dan murid-murid sedikit sebanyak mencetus semangat juang dan yakin boleh. Dengan semangat yang membara percikan dan cerminan jati diri maka guru-guru dan murid-murid menyongsong arus perubahan dalam mengejar impian menggapai 5A UPSR dan meningkatkan peratusan. Setiap kejayaan yang digapai diberi penghargaan sebagai motivasi meningkatkan lagi pencapaian. Sesungguhnya motivasi yang diberi tidak kira dalam apa jua bentuk oleh Puan Azizah turut memberi kekuatan dan rangsangan meneruskan perjuangan.
GPS sekolah ini dalam lingkungan 1.7 dan merupakan antara GPS terbaik UPSR negeri Kedah bagi sekolah kebangsaan.
Kejayaan yang digapai dalam kurikulum dan kokurikulum telah menjulang nama sekolah seantero
Selain itu, kecemerlangan sekolah turut dinobatkan dalam unit kokurikulum. Antaranya ialah kejayaan murid sekolah ini terpilih menerima anugerah MSSM MILO, anugerah cemerlang Mc-Donald Kebangsaan, naib johan Pertandingan Pidato Piala Diraja tahun 2001, johan Robotik Junior 2003 (mewakili Malaysia ke World Robotic Olimpiad – Korea Selatan), johan anugerah Tokoh Pembaca dan Tokoh Nilam sejak tahun 2003 hingga 2007, pertandingan Golf Junior jemputan Bangkok dan Kebangsaan, renang, tenis, story telling serta peserta terbaik perkhemahan kebangsaan.
Langkah melonjakkan kecemerlangan sekolah seiring dengan teras ke-6 PIPP iaitu “Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan” adalah satu usaha baru Kementerian Pelajaran
VISI : SKSAT SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2010
MISI :
- Mengamalkan penglibatan menyeluruh antara guru, murid, dan waris sesuai dengan slogan “SKSAT- Bersama Kita Boleh”
- Menjana dan melestari guru-guru yang berkomitmen dan beriltizam tinggi.
- Mengamalkan budaya kerja yang positif dan proaktif
- Melahirkan pelajar yang memenuhi keutamaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seimbang dalam aspek intelik, rohani, emosi dan jasmani.
Akhir kalam, kerjasama dan komitmen warga sekolah yang padu dan jitu yang digarap oleh Puan Azizah telah membantu sekolah menggapai visi dan misi. Sesungguhnya, di tangan kita terletak keputusan dan penghasilan. Bersama-sama kita merealisasikan slogan keramat “SKSAT Boleh”. Selamat Maju Jaya.
PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK
PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah Darul Aman, amat peka, prihatin dan menekankan fokus utamanya iaitu kecemerlangan murid-murid dalam setiap bidang yang dipelopori terutamanya akademik. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menjadi indikator kecemerlangan murid-murid menyebabkan sekolah menyusun pelbagai program dan strategi sistematik untuk memantapkan prestasi akademik. Seluruh jentera dan modal insan serta persekitaran sekolah digunakan sebagai asas menjana kecemerlangan yang terancang sesuai dengan dasar Kementerian Pelajaran
Demi merealisasikan kecemerlangan akademik murid-murid maka mantan Guru Besar Puan Hjh. Azizah binti Abd. Razak memainkan peranan utama menyuntik semangat SKSAT boleh dan bertindak sebagai agen perubahan dalam semua aspek terutamanya dalam akademik. Berkat kepimpinan , usaha gigih dan kecekapan dalam pengurusan pentadbiran, sekolah ini telah merintis perubahan. Senario ini dilihat dengan nyata dalam peningkatan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sama ada prestasi kuantiti dan kualiti.
Selain itu, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah menjalin kerjasama yang jitu dan padu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat untuk menaikkan imej sekolah dan mengharumkan nama sekolah di persada global.
Hasil daripada perancangan aktiviti kurikulum yang teliti dan mantap telah dapat mengekalkan kecemerlangan, seterusnya mengharumkan nama sekolah ini.. Antara pencapaian dan anugerah yang telah diterima ialah :
a. Anugerah Sijil Penghargaan Kecemerlangan Peperiksaan Awam (UPSR) 2003 dengan pencapaian Gred Purata Sekolah 1.95 (Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu)
b. Anugerah Sijil Penghargaan pencapaian Gred Purata Sekolah 1.68 dalam UPSR 2004 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.
c. Anugerah Prestasi Terbaik UPSR 2004 Peringkat Daerah Kubang Pasu.
d. Anugerah pencapaian Cemerlang melebihi 80% Peringkat Daerah Kubang Pasu.
e. Anugerah Khas Sekolah 2005 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu.
f. Anugerah Sijil Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2006 Peringkat Daerah Kubang Pasu.
Antara program yang telah dijalankan sehingga berjaya mengekalkan
kecemerlangan sekolah dalam UPSR ialah :
PROGRAM MINDA BESTARI
RASIONAL
Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam berinteraksi dan berkomunikasi di samping dapat mengemukakan pendapat yang bernas secara lisan dan tulisan, maka pihak sekolah mengambil daya inisiatif merancang program “Minda Bestari” sebagai langkah menjurus ke arah tersebut.
Melalui program ini, para pelajar mencapai ketrampilan berbahasa agar mereka lebih peka dalam menilai dan mengulas serta membuat rumusan secara kritis dalam pembacaan dan penulisan.
MATLAMAT
- Melalui penggabungjalinan mata pelajaran dan penyerapan ilmu pengetahuan akan dapat membentuk peribadi pelajar agar seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Memberi murid-murid pemahaman serta meningkatkan tahap penguasaan bahasa.
OBJEKTIF
- Mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
- Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menyampaikan maklumat.
- Meningkatkan peratus pencapaian Bahasa Melayu Pemahaman ke tahap optima.
SASARAN
Khusus untuk pelajar-pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
PENULISAN KREATIF
RASIONAL
Format pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah direka bentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum seperti yang tertera dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran tersebut diluluskan pada tahun 2004 dan mula digunakan dalam UPSR tahun 2005. Justeru, pada tahun ini pihak sekolah melalui guru-guru aliran Tahun 4 dan 5 menyahut seruan untuk mengekal dan meningkatkan status kualiti yang diterima. Kecemerlangan akademik menjadi fokus utama. Oleh itu, program ‘Penulisan Kreatif’ disusun atur bagi memantapkan penguasaan pelajar dalam kemahiran penulisan.
Penulisan Kreatif direka bentuk berpandukan format pentaksiran terkini. Format pentaksiran ini memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan adab serta nilai. Reka bentuk instrumen pentaksiran ini bertujuan untuk memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) menepati kehendak sukatan pelajaran. Jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
OBJEKTIF
* Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti penulisan.
* Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
* Mengetahui 17 nilai-nilai murni secara terperinci.
* Menggunakan format penulisan menepati format pentaksiran terkini mengikut lembaga peperiksaan.
SASARAN
Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
PROGRAM MOTIVASI FORMAT PENTAKSIRAN TERKINI BAHASA MELAYU.
RASIONAL.
- Pelajar-pelajar perlu diberi rangsangan dan keyakinan diri bagi memajukan diri mereka.
- Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk memantapkan ilmu yang sedia ada.
- Pelajar-pelajar tidak mudah terpengaruh dengan teknik-teknik songsang yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
OBJEKTIF.
- Dapat memahami teknik-teknik menjawab soalan kertas Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
- Mendedahkan murid dengan aspek permakahan dan penilaian kertas soalan Penulisan Bahasa Melayu.
- Meningkatkan kemahiran belajar dan daya tahan mental murid-murid.
- Membolehkan murid menjawab soalan UPSR dengan lebih yakin.
SASARAN.
Semua pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan sultan Ahmad Tajuddin yang akan menduduki UPSR .
PENULISAN BESTARI (PENULISAN HUJUNG MINGGU)
PENDAHULUAN
Penulisan memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya yang bermutu dan menarik. Justeru, pihak sekolah dan guru-guru mengambil tindakan untuk mengadakan program “PENULISAN BESTARI”. Setiap murid Tahun Enam diwajibkan mengikuti program yang diadakan ini.
Penulisan Bestari ini diharap dapat mengembangkan minda murid dalam menghasilkan karya yang lebih kreatif. Murid akan didedahkan dengan format penulisan yang merangkumi Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (mengulas maklumat). Murid akan dibimbing oleh semua guru yang bertindak sebagai pemeriksa.
MATLAMAT
Meningkatkan prestasi pencapaian penulisan berdasarkan kreativiti murid,
tatabahasa, penggunaan imbuhan dan tanda bacaan serta pengolahan ayat
yang bermutu.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti kelulusan Bahasa Melayu (Kertas 2) .
- Meningkatkan prestasi kelulusan Bahasa Melayu (Kertas 2).
- Dapat meningkatkan kualiti penulisan di kalangan murid.
KELAS BESTARI UPSR
PENDAHULUAN
Kelas Bestari merupakan kelas bimbingan yang diadakan pada setiap hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu (minggu kedua dan keempat). Pelajar diagihkan mengikut tahap pencapaian dan dibimbing oleh guru-guru mata pelajaran UPSR yang bertanggungjawab. Bimbingan berterusan dan penekanan diberi berdasarkan pencapaian akademik semasa. Fokus utama pengajaran dan pembelajaran adalah membantu murid mencapai tahap minimum dalam peperiksaan UPSR.
RASIONAL
* Kelas Bestari perlu bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab latihan berorientasikan peperiksaan secara perbincangan bersama guru di luar waktu persekolahan.
* Memberi satu kelebihan kepada pelajar mengulangkaji isi pelajaran yang lepas .
* Kelas Bestari dapat memastikan Huraian Sukatan dapat dihabiskan dengan lebih cepat dan ruang yang ada dapat digunakan sepenuhnya untuk menjawab latihan berorientasikan peperiksaan secara berkesan.
* Bertindak sebagai aktiviti dalam masa tambahan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam berkumpulan perbincangan.
OBJEKTIF
* Meningkatkan kualiti kelulusan UPSR.
* Meningkatkan peratus kelulusan UPSR.
* Semua murid lulus sekurang-kurang gred C.
* Meningkatkan peratus kelulusan semua mata pelajaran :
Bahasa Melayu (Kertas 1)
Bahasa Melayu (Kertas 2)
Matematik
Sains
Bahasa Inggeris
PROGRAM PINTAR (MATEMATIK)
Rasional
* Program Gerak Pintar bertujuan untuk memberi pendedahan awal
dan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang Matematik.
* Melalui program ini, beberapa aktiviti yang dirancang akan dapat membantu murid lebih memahami konsep dan kemahiran-kemahiran dalam Matematik.
Objektif
* Membimbing murid untuk memperkukuhkan penguasaan kemahiran-
kemahiran asas dalam KBSR.
* Meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian Matematik dari segi kualiti dan kuantiti.
* Meningkatkan minat murid terhadap pelajaran Matematik.
Sasaran
Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
KEM KECEMERLANGAN UPSR
Rasional
Kem Kecemerlangan UPSR dirancang diadakan sebagai persediaan untuk murid-murid Tahun Enam menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Objektif
* Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab yang tepat
dan berkualiti .
* Melatih dan mendedahkan kepada murid-murid supaya dapat menghayati dan mengamalkan pengurusan masa yang bijak.
* Menambah pemahaman dan pengetahuan murid mengenai format peperiksaan dan istilah-istilah yang terdapat di dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Sasaran
Sasaran Kem Kecemerlangan UPSR ini ialah semua murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.
No comments:
Post a Comment