KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Tuesday, June 29, 2010

Cabaran....30 Jun 2010

Esok...
Pertandingan Tarian Peringkat Daerah
Kumpulan Tarian SKSAT pula akan bertanding di Pertandingan Tarian peringakat daerah.
Pertandingan ini akan berlangsung di SK. Jitra. Tahun lalu kumpulan tarian SKSAT menjadi Johan Daerah dan Naib Johan Tarian peringkat Negeri.

(Guru Pembimbing,, Cik Wan n "The Gangs")
* Ulasan : Tewas kepada pasukan yang lebih baik di mata "juri yang arif,adil lagi bijaksana" tapi tidak kalah dimata penonton(bukan penonton yang 'kosong' tapi penonton yang ada keterlibatan dibidang yang dipertandingkan) yang bertalu-talu mengucap tahniah sebelum keputusan diumumkan.
Beginilah pertandingan apabila "pengadil gelanggang badminton mengambil padang bolasepak" pasti akan ada yang membuat tanggapan dan telahan yang
keputusan yang sudah "tersedia" sebelum dimuktamadkan dan pasti akan menimbulkan ketidak puasan pemain dan penonton,, walaupun yang tewas itu sememang tidak dapat membuat persembahan yang sempurna.
Kita bukan berada di hujung pelusuk negara untuk mencari orang layak untuk mengadilkan sesuatu pertandingan.Ramai yang berkemahiran..... Lain tahun pilih juri yang sesuai. (kalau renang pilih yang tahu main air) Jikalau tahun berikutnya pilih juri yang "
sama" pastilah "berkubur" pentas ini di masa akan datang.. dan umumkan lah ''juara' seumur hidup kepada pasukan yang diinginkan, tak payah buka penyertaan..
Apapun yang kalah terimalah kenyataan dan............... yang menang tunjukkan 'kegagahan' seterusnya, biarlah penonton yang mengucap tahniah itu tersebut" ..Ooooo...kami tersilap..." tapi jangan sebaliknya, pasti akan menganggap" "..... lu pikirlah sendiri...........(kata raja lawak) Tersenyum wakil Kulim dan Kota Setar yang turut menyaksikan dengan keputusan ini.Jangan mereka bawa balik 'cerita' alkisah kita di sini sudahlah...malu pengurusan kita.....itu yang kita nak jaga
************************************************************************************************
Tewas semalam hari ini latihan.. mana ada pasukan di "dunia" yang kalah "merajuk" di pentas kelmarin akan berlatih hari ini..Latih bukan untuk pertandingan seterusnya dan bukan untuk tahun depan....itulah "semangat" namanya.


Pidato Piala DiRaja Peringkat Negeri

Murid SK. Sultan Ahmad Tajuddin sekali lagi akan mewakili sekolah rendah PPD Kubang Pasu ke Pertandingan Pidato Piala DiRaja yang akan berlangsung di SK.Kuala Nerang pada 30 Jun 2010(Rabu). SKSAT pernah mewakili negeri Kedah ke pertandigan ini sebanyak 6 kali sejak 2002 dan 2 kali pernah menjadi Naib Johan Kebangsaan
(Guru Pebimbing : Hjh Nur Azni Yaacob)
Farah Nur Aisyah Fadzil
Wakil Pidato dari Tahun 5
*************************************************************************************
* Keputusan Pidato Piala DiRaja - Farah telah mendapat tempat yang ke-2 (naib johan) negeri. Pada tahun lepas murid ini juga yang mewakili sekolah setelah menjadi naib johan daerah."Ketaadusan" bakat dalam pidato menyebabkan dia terpaksa membawa cabaran walaupun diusia seawal 10 tahun.Tahniah kepada Farah...masih ada peluang lagi untuk kamu di tahun hadapan. Pidato lagi.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Public Speaking
Murid SKSAT juga akan mewakili PPD Kubang Pasu dalam Pertandingan "Public Speaking" yang juga akan berlangsung di SK Kuala Nerang
(Guru Penasihat : Panitia BI)
@ Kedudukan : Saguhati

Kepada yang terlibat warga SKSAT mengucapkan selamat bertanding dan selamat Maju Jaya

Monday, June 28, 2010

Program Pemantapan Akedemik Tahun 6

27 Jun 2010, Bertempat di Bustani Hotel Jitra, Bimbingan Kaunseling dan Aliran Tahun 6 SKSAT telah mengadakan Program Pemantapan Akedemik Tahun 6. Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi persediaanmurid untuk menghadapi UPSR pada hujung september nanti. Pada tahun lepas seramai 64 murid mencapai 5A dan 93% lulus.



Untuk Berjaya, Anda MESTI Buat 2 Perkara!

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur - Perhimpunan Agung MIC ke-42

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat.

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang billionaire minyak.

Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.

Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan, serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.

Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.

Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:

  • Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
  • Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.

Sunday, June 27, 2010

Kertas berasaskan Sawit Tajuddin's




Laporan Murid - Keputusan Ujian Semester 1

Semua ibu/bapa/penjaga murid SK. Sultan Ahmad Tajuddin adalah dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid bagi keputusan Ujian Semester 1/2010 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Kelas anak tuan/puan

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih

Sunday, June 20, 2010

Pertandingan Rekacipta Inovasi Berasaskan Sawit d MPOB



Bersama Ketua Pengarah MPOB
Datuk Dr Mohd Basri Wahid

Catatan d'Pertandingan Rekacipta... Terima kasih MPOB dari sksultanahmadtajuddin

Memang benarlah
...SKSAT terasa "kerdil"nya apabila berada di Pertandingan Rekacipta Inovasi Berasaskan Sawit di MPOB Bangi. Apa tidaknya hanya sebuah sekolah rendah yang berada di Jitra yang boleh disusuri melalui tiga jalan kampung iaitu Kg.Hijrah, Kg.Nyior dan Kg.Teluk Nibung (sebab tu ada orang Kedah tidak tahu ada kewujudan SKSAT di Jitra) sahaja yang bersaing bersama dengan sekolah menengah...bukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tetapi 30 buah SMS (Sekolah Menengah Sains) dan Sekolah yang sentiasa tersohor masa dulu hingga kini seperti Tunku Kursiah Tun Fatimah SDAR Seri Puteri dan lain-lain........ dan entah bagaimana kami berada di situ pun tak tahu.....tanya orang MPOB, dia orang tak dapat beri jawapan yang bernas dan pasti sebab pertandingan ini dikhususkan kepada sekolah menengah berasrama penuh sahaja.. tapi apapun jawapannya kami telah penuhi jemputan yang "tersilap" itu sebab cikgu-cikgu merasakan murid-murid SKSAT mampu.... Pelbagai kejayaan yang dicapai oleh murid SKSAT ini dan yang terbaru ...(minggu lepas) ........... 4 murid kita membawa cabaran memanah MSSM di NS dan hasilnya kita membawa balik 2 emas dan 2 perak. Tahun lepas Johan Kebangsaan Smart Street Petronas. Jadi bukan mustahillah kejayaan boleh dicapai jika kita berusaha...tak kira lagi yang dulu-dulu banyak kejayaan dicapai di peringkat negeri atau di peringkat kebangsaan sehingga pernah mewakili negara dalam robotik... dalam pidato piala DiRaja pula saban tahun nama SKSAT di pentas akhir diperdengar dan dipertontonkan hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong.Itu hebatnya kemampuan kita.
Semasa di dewan pertandingan,,, pada mulanya kami ditawarkan untuk "Anugerah Khas Juri" sahaja..kami tolak sebab kami datang untuk bertanding..."Jiwa Besar"--- tak sedar dengan siapa hendak bertanding== dan itulah pada akhirnya kami terima==
"ANUGERAH KHAS JURI"
Semasa pertandingan meja kami dikunjungi oleh ramai pengunjung termasuklah termasuk datuk, datin, dr-dr phd, wartawan,jurugambar dan orang awam serta ramai dari mpob, mungkin kerana mereka hanya minat dengan kraftangan yang murid kami pamerkan iaitu berasaskan sawit ataupun mungkin persoalan yang timbul disanubari pengunjung .........adakah murid seusia ini dapat mencipta satu inovasi yang kononnya dapat membantu IKS atau idea murid sebegini dapat ditebusguna oleh peneroka sawit ataupun idea ini juga akan menarik minat peminat seni dan kraftangan tempatan atau sehinggakan boleh untuk pengiktirafan dan pasaran antarabangsa dan ataukah mereka ini lebih banyak " diboneka" oleh guru-guru untuk menjayakan inovasi ini..... tapi apa-apa pertandingan pun yang melibatkan sekolah rendah atau sekolah menengah apatah lagi sekolah-sekolah yang hebat pasti akan dibantu oleh guru atau lebih ke depan lagi pasti akan memohon pihak IPT atau pakar untuk membantu dalam mencipta sesuatu inovasi. Itulah namanya kanak-kanak sejauhmanapun kemampuannya pasti diragui, "kebolehpercayaan" yang diragui. Juri-juri pula berulangkali mengambil markah dan terpaksa lah murid kami menjadi "robot" untuk menjawab soalan apabila diusulkan. Datuk KP ,Datin, Ketua juri n juri-juri pun "tersenyum" apabila mendengar "robot" kami berkata-kata. Kami merasakan sekolah kami akan berada di puncak tapi wajarkah atau mungkinkah SKSAT yang "kerdil" ini akan menewaskan "giant" ....hahaha... Sehinggakan ada 'guru' yang melompat dan tergelak puas apabila nama SKSAT tidak dipanggil pada ketika penerima hadiah saguhati naik ke pentas. Nasib..nasib..nasib yang melompat itu tak sakit jantung..kalau tidak..GGOOLLLL sempena Piala Dunia Kuala Lumpur ..Itulah semangat nya bila ada pertandingan..debarrrranya kuat sekali.Ada yang sampai nak menitis airmataaaa.....
TQ kepada kraftangan Kedah yang memberi ruang membantu murid mengguna mesin dan peralatan dan tunjuk ajar bagi murid memproses daun kelapa sawit diadun hingga menjadi kertas.. TQ kepada JPN Kedah yang memberi khidmat sebuah bas dan pegawai untuk membawa kami..Dapat bas, ramai yang boleh ikut. TQ kepada MPOB atas layanan amat baik anda serta memberi makanan sedap kepada kami (kalau tidak teruk budak-budak yang kami bawa sebab mereka "terasa" sangat untuk membayar makanan di sana, nasi goreng RM5 di sana tempat kami hanya RM3, teh ais di sana RM1.70, di sini kami bayar RM1 saja) dan memberi kami RMseribu lebih daripada 27 sekolah lain yang membawa pulang RMlimaratus......(dengan hadiah sebanyak itu bolehlah dijadikan modal untuk membuka kilang memproses kraftangan berasaskan daun kelapa sawit...Pengarah Urusan sehinggakan bahagian promosi telah diujudkan..hehehe.......). dan kami katakan kami dapat nombor empat untuk menyedap hati sebab dapat hadiah banyak daripada sekolah lain yang "giant"..Apabila diumumkan sembilan sekolah akan diadili sekali lagi di peringkat akhir dan kami termasuk yang sembilan itu pun kami rasa cukup hebat dan dapat ucapan banyak tahniah dah terutama dari pihak pentadbir2 kami. ??Terkejut mereka??? Wow!!! 9 dari 31 buah sekolah...(pesanan sms) tapi yang "melompat" kata nombor satu dari tiga puluh satu..hohoho.
Terima kasih lah kepada guru-guru (Mar,Yan,Yuli) yang memberi idea kepada murid, membawa murid mencantas daun kelapa sawit, membawa murid ke Kraftangan untuk memproses daun sawit sehinggakan menjadi kertas dengan dibantu tunjuk ajar bahagian kraftangan.Tanpa cuti sehari pun mereka sentiasa untuk berada dibelakang "robot" mereka. Satu pengalaman baru yang sebelum ini hanyalah satu idea yang ada di sanubari guru....tak ada tunjuk ajar tak adalah penyertaan sekolah ini atau sekolah-sekolah lain di MPOB..........
TERIMA KASIH MUHAMMAD AQIL,MOHAMMAD AFIF AZHAN DAN JAYSHAN
yang "menghiburkan" semua. Kerana kamu "dapat kami makan satay hj samuri kajang" Kejayaan kamu akan memotivasi lagi rakan-rakan yang akan menduduki UPSR nanti. Kejayaan boleh dicapai dengan adanya usaha. Pastikan SKSAT mendapat lebih kejayaan melebihi tahun lepas 64 murid 5A. Dan dengan cabaran yang selalu dihadapi sebeginilah memboleh SK.Sultan Ahmad Tajuddin berada di puncak Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan tidak mustahil akan dinobatkan Sekolah Berprestasi Tinggi ..Insyalaah
TAHNIAH DARI WARGA SEKOLAH (100x)

Post untuk wartawanLawatan dari salah seorang juri
Ahli rombongan
Pengadilan 1 sembilan terbaik
Pengadilan ke-2 sembilan terbaik
Wartawan mendapat maklumat menemuramah peserta

Lawatan ketua juri
Lawatan guru-guru pengiring sekolah
Lawatan pihak AJK pengurusan pertandingan

Pengadilan peringat awal





Saturday, June 19, 2010

Sehari d MPOB





Johan Inovasi Rekacipta Berasaskan Sawit MPOB

Saturday, June 12, 2010

Cabaran...

...mengenai hari terbuka MPOB 2010_BannerHariTerbuka (penyertaan SKSAT)
murid SKSAT yang akan menyertai Hari Terbuka MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia)
pada 18 dan 19 Jun ini dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sawit merupakan sebuah sekolah rendah tunggal yang akan bersaingdengan beberapa buah sekolah menengah di Malaysia.....
:::::::tunggu laporan::::BENAR @ TIDAK

Friday, June 11, 2010

Memanah MSSM 2010, Tajuddin's 2 Emas 2 Perak

Memanah SK, Sultan Ahmad Tajuddin mencipta sejarah tersendiri apabila mencapai kejayaan di Pertandingan Memanah MSSM yang diadakan di Seremban Negeri Sembilan. Kejayaan ini dicapai melalui Nur Auni Syifa Naim yang mendapat 1 emas dari acara berpasukan dan 2 perak iaitu acara 30 meter dan acara keseluruhan. Manakala Nur Aina Salsabila pula telah memenangi 1 emas dalam acara berpasukan. Pasukan ini dibimbing oleh Pn.Syamiza Amir Ibrahim dan dibantu oleh Pn. Wan Rohaini Mohamad dan Pn.Noraini Yusuf. Ini merupakan penyertaan tahun kedua SKSAT dalam memanah apabila Kelab Memanah ditubuhkan pada tahun lalu(2009). Tahun lalu murid SKSAT membawa pulang satu pingat perak di peringkat negeri...
"Bukan mudah untuk berada di tahap sekarang. Kita kena tahu kesukaran yang terpaksa dihadapi untuk mencapai kejayaan itu, mungkin pencapaian ini sukar diulangi generasi akan datang tapi murid dan guru SKSAT akan berusaha" SKSAT yang sentiasa menyahut cabaran
WARGA SKSAT MENGUCAPKAN
. .....TAHNIAH.........100X


Kejohanan Memanah MSSM 2010 yang telah pun berlangsung pada 7 - 11 Jun melibatkan 14 buah negeri seluruh Malaysia dengan penyertaan seramai 350 peserta memanah. Sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang hujan turun dengan lebatnya.... tetapi tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta memanah termasuklah pegawai-pegawai yang bertugas.
Pada hari terakhir kejohanan...iaitu pada majlis perasmian penutup..hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan keadaan padang dibanjiri air..namun semangat kesukanan peserta-peserta sanggup tunggu hingga majlis berakhir walapun majlis perasmian berakhir pada lewat petangnya..
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNS, Tuan Hj. Amir Sharifuddin.
Juara Keseluruhan ialah pasukan daripada Selangor Darul Ehsan.. petikan berita memanah

Wednesday, June 9, 2010

Dengar, dengar....

10 Jun 2010
Berita Terkini..... murid SKSAT setakad ini memenangi
1 emas dan 2 Perak di Kejohanan Memanah MSSM
Bawah 12 di Seremban......
TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!TAHNIAH.


8 Jun 2010
Dengar cerita murid SKSAT yang mewakili Kedah ke Pertandingan
Memanah MSSM di negeri Sembilan telah memenangi pingat perak
dalam acara 30m di hari pertama kejohanan itu.
4 murid (2 lelaki dan 2 perempuan) menyertai kejohanan ini
...... tahniah,tahniah.

Monday, June 7, 2010

SKSAT

Penglibatan SKSAT di masa cuti
Pameran MPOB dan Memanah MSSM

Majlis Sambutan Ulangtahun ke 10 tahun MPOB di Bangi pada 18hb dan 19hb. Jun 2010
- 3 murid SKSAT terlibat dalam penghasilan bahan dari kelapa sawit
- Guru Pembimbing - Pn.Marlina, Siti Azian dan Yuliwati
Hari Terbuka MPOB (18 - 19 June 2010) PDF Print E-mail

2010_BannerHariTerbuka

18 Jun 2010 (Jumaat) - 9.00 pagi - 5.00 petang

19 Jun 2010 (Sabtu) - 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi :

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - Ibu Pejabat

No 6, Persiaran Institusi

Bandar Baru Bangi, Selangor

Aktiviti Hari Terbuka MPOB ( pdf | html )

2010_PosterHariTerbuka


new Memanah MSSSM

4 murid SKSAT terlibat dalam pertandingan ini yang dibimbing oleh Pn Syamiza,Wan Rohaini dan
Noraini Yusof

PEMBERITAHUAN: Kejohanan Memanah MSSM Tahun 2010 akan diadakan pada 7-11 Jun 2010 bertempat di Padang SMK King George V, Seremban. Semua guru dan pelajar sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Memanah akan berlangsung pada 11 Jun 2010 jam 4.00 petang. Sehubungan itu, dijemput hadir Tn Timbalan Pelajaran, semua Ketua Sektor dan Ketua Unit, JPNS.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh
YBhg. Dato' Abdullah Bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.