KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Tuesday, June 29, 2010

Cabaran....30 Jun 2010

Esok...
Pertandingan Tarian Peringkat Daerah
Kumpulan Tarian SKSAT pula akan bertanding di Pertandingan Tarian peringakat daerah.
Pertandingan ini akan berlangsung di SK. Jitra. Tahun lalu kumpulan tarian SKSAT menjadi Johan Daerah dan Naib Johan Tarian peringkat Negeri.

(Guru Pembimbing,, Cik Wan n "The Gangs")
* Ulasan : Tewas kepada pasukan yang lebih baik di mata "juri yang arif,adil lagi bijaksana" tapi tidak kalah dimata penonton(bukan penonton yang 'kosong' tapi penonton yang ada keterlibatan dibidang yang dipertandingkan) yang bertalu-talu mengucap tahniah sebelum keputusan diumumkan.
Beginilah pertandingan apabila "pengadil gelanggang badminton mengambil padang bolasepak" pasti akan ada yang membuat tanggapan dan telahan yang
keputusan yang sudah "tersedia" sebelum dimuktamadkan dan pasti akan menimbulkan ketidak puasan pemain dan penonton,, walaupun yang tewas itu sememang tidak dapat membuat persembahan yang sempurna.
Kita bukan berada di hujung pelusuk negara untuk mencari orang layak untuk mengadilkan sesuatu pertandingan.Ramai yang berkemahiran..... Lain tahun pilih juri yang sesuai. (kalau renang pilih yang tahu main air) Jikalau tahun berikutnya pilih juri yang "
sama" pastilah "berkubur" pentas ini di masa akan datang.. dan umumkan lah ''juara' seumur hidup kepada pasukan yang diinginkan, tak payah buka penyertaan..
Apapun yang kalah terimalah kenyataan dan............... yang menang tunjukkan 'kegagahan' seterusnya, biarlah penonton yang mengucap tahniah itu tersebut" ..Ooooo...kami tersilap..." tapi jangan sebaliknya, pasti akan menganggap" "..... lu pikirlah sendiri...........(kata raja lawak) Tersenyum wakil Kulim dan Kota Setar yang turut menyaksikan dengan keputusan ini.Jangan mereka bawa balik 'cerita' alkisah kita di sini sudahlah...malu pengurusan kita.....itu yang kita nak jaga
************************************************************************************************
Tewas semalam hari ini latihan.. mana ada pasukan di "dunia" yang kalah "merajuk" di pentas kelmarin akan berlatih hari ini..Latih bukan untuk pertandingan seterusnya dan bukan untuk tahun depan....itulah "semangat" namanya.


Pidato Piala DiRaja Peringkat Negeri

Murid SK. Sultan Ahmad Tajuddin sekali lagi akan mewakili sekolah rendah PPD Kubang Pasu ke Pertandingan Pidato Piala DiRaja yang akan berlangsung di SK.Kuala Nerang pada 30 Jun 2010(Rabu). SKSAT pernah mewakili negeri Kedah ke pertandigan ini sebanyak 6 kali sejak 2002 dan 2 kali pernah menjadi Naib Johan Kebangsaan
(Guru Pebimbing : Hjh Nur Azni Yaacob)
Farah Nur Aisyah Fadzil
Wakil Pidato dari Tahun 5
*************************************************************************************
* Keputusan Pidato Piala DiRaja - Farah telah mendapat tempat yang ke-2 (naib johan) negeri. Pada tahun lepas murid ini juga yang mewakili sekolah setelah menjadi naib johan daerah."Ketaadusan" bakat dalam pidato menyebabkan dia terpaksa membawa cabaran walaupun diusia seawal 10 tahun.Tahniah kepada Farah...masih ada peluang lagi untuk kamu di tahun hadapan. Pidato lagi.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Public Speaking
Murid SKSAT juga akan mewakili PPD Kubang Pasu dalam Pertandingan "Public Speaking" yang juga akan berlangsung di SK Kuala Nerang
(Guru Penasihat : Panitia BI)
@ Kedudukan : Saguhati

Kepada yang terlibat warga SKSAT mengucapkan selamat bertanding dan selamat Maju Jaya

No comments:

Post a Comment