KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Sunday, June 20, 2010

Pertandingan Rekacipta Inovasi Berasaskan Sawit d MPOB



Bersama Ketua Pengarah MPOB
Datuk Dr Mohd Basri Wahid

Catatan d'Pertandingan Rekacipta... Terima kasih MPOB dari sksultanahmadtajuddin

Memang benarlah
...SKSAT terasa "kerdil"nya apabila berada di Pertandingan Rekacipta Inovasi Berasaskan Sawit di MPOB Bangi. Apa tidaknya hanya sebuah sekolah rendah yang berada di Jitra yang boleh disusuri melalui tiga jalan kampung iaitu Kg.Hijrah, Kg.Nyior dan Kg.Teluk Nibung (sebab tu ada orang Kedah tidak tahu ada kewujudan SKSAT di Jitra) sahaja yang bersaing bersama dengan sekolah menengah...bukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tetapi 30 buah SMS (Sekolah Menengah Sains) dan Sekolah yang sentiasa tersohor masa dulu hingga kini seperti Tunku Kursiah Tun Fatimah SDAR Seri Puteri dan lain-lain........ dan entah bagaimana kami berada di situ pun tak tahu.....tanya orang MPOB, dia orang tak dapat beri jawapan yang bernas dan pasti sebab pertandingan ini dikhususkan kepada sekolah menengah berasrama penuh sahaja.. tapi apapun jawapannya kami telah penuhi jemputan yang "tersilap" itu sebab cikgu-cikgu merasakan murid-murid SKSAT mampu.... Pelbagai kejayaan yang dicapai oleh murid SKSAT ini dan yang terbaru ...(minggu lepas) ........... 4 murid kita membawa cabaran memanah MSSM di NS dan hasilnya kita membawa balik 2 emas dan 2 perak. Tahun lepas Johan Kebangsaan Smart Street Petronas. Jadi bukan mustahillah kejayaan boleh dicapai jika kita berusaha...tak kira lagi yang dulu-dulu banyak kejayaan dicapai di peringkat negeri atau di peringkat kebangsaan sehingga pernah mewakili negara dalam robotik... dalam pidato piala DiRaja pula saban tahun nama SKSAT di pentas akhir diperdengar dan dipertontonkan hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong.Itu hebatnya kemampuan kita.
Semasa di dewan pertandingan,,, pada mulanya kami ditawarkan untuk "Anugerah Khas Juri" sahaja..kami tolak sebab kami datang untuk bertanding..."Jiwa Besar"--- tak sedar dengan siapa hendak bertanding== dan itulah pada akhirnya kami terima==
"ANUGERAH KHAS JURI"
Semasa pertandingan meja kami dikunjungi oleh ramai pengunjung termasuklah termasuk datuk, datin, dr-dr phd, wartawan,jurugambar dan orang awam serta ramai dari mpob, mungkin kerana mereka hanya minat dengan kraftangan yang murid kami pamerkan iaitu berasaskan sawit ataupun mungkin persoalan yang timbul disanubari pengunjung .........adakah murid seusia ini dapat mencipta satu inovasi yang kononnya dapat membantu IKS atau idea murid sebegini dapat ditebusguna oleh peneroka sawit ataupun idea ini juga akan menarik minat peminat seni dan kraftangan tempatan atau sehinggakan boleh untuk pengiktirafan dan pasaran antarabangsa dan ataukah mereka ini lebih banyak " diboneka" oleh guru-guru untuk menjayakan inovasi ini..... tapi apa-apa pertandingan pun yang melibatkan sekolah rendah atau sekolah menengah apatah lagi sekolah-sekolah yang hebat pasti akan dibantu oleh guru atau lebih ke depan lagi pasti akan memohon pihak IPT atau pakar untuk membantu dalam mencipta sesuatu inovasi. Itulah namanya kanak-kanak sejauhmanapun kemampuannya pasti diragui, "kebolehpercayaan" yang diragui. Juri-juri pula berulangkali mengambil markah dan terpaksa lah murid kami menjadi "robot" untuk menjawab soalan apabila diusulkan. Datuk KP ,Datin, Ketua juri n juri-juri pun "tersenyum" apabila mendengar "robot" kami berkata-kata. Kami merasakan sekolah kami akan berada di puncak tapi wajarkah atau mungkinkah SKSAT yang "kerdil" ini akan menewaskan "giant" ....hahaha... Sehinggakan ada 'guru' yang melompat dan tergelak puas apabila nama SKSAT tidak dipanggil pada ketika penerima hadiah saguhati naik ke pentas. Nasib..nasib..nasib yang melompat itu tak sakit jantung..kalau tidak..GGOOLLLL sempena Piala Dunia Kuala Lumpur ..Itulah semangat nya bila ada pertandingan..debarrrranya kuat sekali.Ada yang sampai nak menitis airmataaaa.....
TQ kepada kraftangan Kedah yang memberi ruang membantu murid mengguna mesin dan peralatan dan tunjuk ajar bagi murid memproses daun kelapa sawit diadun hingga menjadi kertas.. TQ kepada JPN Kedah yang memberi khidmat sebuah bas dan pegawai untuk membawa kami..Dapat bas, ramai yang boleh ikut. TQ kepada MPOB atas layanan amat baik anda serta memberi makanan sedap kepada kami (kalau tidak teruk budak-budak yang kami bawa sebab mereka "terasa" sangat untuk membayar makanan di sana, nasi goreng RM5 di sana tempat kami hanya RM3, teh ais di sana RM1.70, di sini kami bayar RM1 saja) dan memberi kami RMseribu lebih daripada 27 sekolah lain yang membawa pulang RMlimaratus......(dengan hadiah sebanyak itu bolehlah dijadikan modal untuk membuka kilang memproses kraftangan berasaskan daun kelapa sawit...Pengarah Urusan sehinggakan bahagian promosi telah diujudkan..hehehe.......). dan kami katakan kami dapat nombor empat untuk menyedap hati sebab dapat hadiah banyak daripada sekolah lain yang "giant"..Apabila diumumkan sembilan sekolah akan diadili sekali lagi di peringkat akhir dan kami termasuk yang sembilan itu pun kami rasa cukup hebat dan dapat ucapan banyak tahniah dah terutama dari pihak pentadbir2 kami. ??Terkejut mereka??? Wow!!! 9 dari 31 buah sekolah...(pesanan sms) tapi yang "melompat" kata nombor satu dari tiga puluh satu..hohoho.
Terima kasih lah kepada guru-guru (Mar,Yan,Yuli) yang memberi idea kepada murid, membawa murid mencantas daun kelapa sawit, membawa murid ke Kraftangan untuk memproses daun sawit sehinggakan menjadi kertas dengan dibantu tunjuk ajar bahagian kraftangan.Tanpa cuti sehari pun mereka sentiasa untuk berada dibelakang "robot" mereka. Satu pengalaman baru yang sebelum ini hanyalah satu idea yang ada di sanubari guru....tak ada tunjuk ajar tak adalah penyertaan sekolah ini atau sekolah-sekolah lain di MPOB..........
TERIMA KASIH MUHAMMAD AQIL,MOHAMMAD AFIF AZHAN DAN JAYSHAN
yang "menghiburkan" semua. Kerana kamu "dapat kami makan satay hj samuri kajang" Kejayaan kamu akan memotivasi lagi rakan-rakan yang akan menduduki UPSR nanti. Kejayaan boleh dicapai dengan adanya usaha. Pastikan SKSAT mendapat lebih kejayaan melebihi tahun lepas 64 murid 5A. Dan dengan cabaran yang selalu dihadapi sebeginilah memboleh SK.Sultan Ahmad Tajuddin berada di puncak Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan tidak mustahil akan dinobatkan Sekolah Berprestasi Tinggi ..Insyalaah
TAHNIAH DARI WARGA SEKOLAH (100x)

Post untuk wartawanLawatan dari salah seorang juri
Ahli rombongan
Pengadilan 1 sembilan terbaik
Pengadilan ke-2 sembilan terbaik
Wartawan mendapat maklumat menemuramah peserta

Lawatan ketua juri
Lawatan guru-guru pengiring sekolah
Lawatan pihak AJK pengurusan pertandingan

Pengadilan peringat awal





No comments:

Post a Comment