KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Sunday, September 6, 2009

Pentadbir SKSAT



Wajah-wajah pentadbir SKSAT




K.Thacanamurthy
Guru Besar Besar


Penolong Kanan Pentadbiran
Hj.Abd.Wahab b. Md.Noor

Penolong Kanan HEM
Ali b. Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum
Ab. Rashid b. Abdullah


Penolong Kanan Pendidikan Khas
Hjh. Hayati Ariffin


Ikrar Pentadbir............
Nyanyian duet... penyanyi popular 80-an

Bergaya D'Raya Tajuddin's

WAJAH 1 MALAYSIA beraya d'TAJUDDIN
1malaysia.JPG



















Wajah-wajah Tajuddin's




Kaunseling














































Bimbingan & Kaunseling PDF Print E-mail
Unit Bimbingan & Kaunseling

Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.

Visi
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Misi
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI' melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Falsafah
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Fungsi Unit Bimbingan & Kaunseling










  1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.





  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.





  3. Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori.





  4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.





  5. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar.





  6. Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.





  7. Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar





  8. Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.





  9. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.





  10. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.





  11. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.





  12. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.





  13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.





  14. Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.





  15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.





  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.





  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.





  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.





  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.





  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah.





  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee.





  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
Halangan-halangan yang dihadapi










  1. Keadaan bilik yang kurang kondusif.





  2. Peralatan yang tidak mencukupi.





  3. Kurangnya bahan rujukan.





  4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program.





  5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.
Cadangan mengatasi halangan yang timbul










  1. Pengubahsuaian bilik kaunseling.





  2. Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan.





  3. Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling (mewujudkan fikiran yang positif )





Tugas-tugas kaunselor






Merancang dan memastikan kaunselor melaksanakan 22 tugas yang ditetapkan iaitu :











  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah.





  2. Buat kajian keperluan.





  3. Mengemaskini rekod dan inventori pelajar.





  4. Menyebarkan maklumat B & K.





  5. Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar.





  6. Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional.





  7. Rancang aktiviti kemahiran belajar.





  8. Rancang pemilikan pelajar elektif.





  9. Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol.





  10. Rancang pemilikan pelajar ke IPT.





  11. Rancang aktiviti/program keibubapaan.





  12. Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.





  13. AJK majlis Perancang sekolah.





  14. Penyelaras mentor-mentee.





  15. Dll.
Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri, berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut:

a) Akademik:










  1. Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI.





  2. Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI.





  3. Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.
b) Kemahiran Belajar:










  1. Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.





  2. Program ini dibuat bersama PK Hem.
c) Kerjaya:










  1. Inventori minat.





  2. Inventori personaliti.





  3. Inventori nilai.





  4. Pemilikan mata pelajaran elektif.





  5. Pengumpulan maklumat kerjaya.





  6. Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya.





  7. Penyebaran maklumat. (Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)
d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental:










  1. Ujian Personaliti.





  2. Senarai Semak Masalah.





  3. Kemahiran Komunikasi.





  4. Kemahiran Asertif.





  5. Pengurusan Tekanan.





  6. Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem.





  7. Perkembangan Keremajaan





  8. Konsep Kendiri.





  9. Pengendalian Kendiri.





  10. Program Orentasi (Kaunselor bersama guru agama)
e) Keibubapaan:










  1. Komunikasi.





  2. Kemahiran Keibubapaan.





  3. Motivasi Keluarga. (Kaunselor bersama PIBG/HEM)
f) Masalah Pelajar:










  1. Kemahiran Komunikasi.





  2. Kemahiran Penyelesaian Masalah.





  3. PRS





  4. Kemahiran Sosial.





  5. Kemahiran Tegas Diri. (Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)

Pengiktirafan

Pengiktirafan dari MdDonald's, New Straits Times, Berita Harian,
TV3 dan Kementerian Pelajaran kepada
SK. Sultan Ahmad Tajuddin
kerana melahirkan murid-murid cemerlang