KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Wednesday, September 2, 2009

UPSR 2008


MURID




Kedah kekal cemerlang UPSR




Ditulis oleh : Fadzli / Tuesday, 25 November 2008



SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kubang Pasu, Kedah kekal cemerlang UPSR
SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad Tajuddin, Kubang Pasu, Kedah mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini apabila 55 daripada 180 calonnya mendapat 5A. Pencapaian memberangsangkan itu memang dijangkakan berdasarkan rekod kecemerlangan sekolah kluster berkenaan dalam pelbagai bidang termasuk akademik di peringkat negeri.
Guru Besarnya, K.Thacanamurthy, berkata selain berjaya mengekalkan peratusan murid mendapat 5A, peratus lulus keseluruhan sekolah itu juga mencatatkan peningkatan. Salah seorang pelajar yang mendapat 5A, Iman Nur Salsabila Mohammad Zamri, berkata rahsia kejayaannya ialah tawakal kepada Allah dan memperbanyakkan ulangkaji pelajaran di rumah.Katanya, selain bijak mengurus masa, usaha berterusan menjadi faktor kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting itu. “Kadangkala saya mengulang kaji hingga jam satu pagi walaupun ahli keluarga lain sudah tidur,� katanya.

Rakannya, Nur Batrisyia Ahmad Sanusi, pula berasa gembira dan terharu apabila mendapat 5A dan menyifatkan kejayaannya kerana amalan tidak putus asa dan berdoa.

“Kejayaannya adalah hasil dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar guru,� katanya.


Sumber : Berita Harian

Lawatan Tuan Pengarah Pelajaran Kedah pada hari keputusan UPSR diumumkan