KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Friday, June 11, 2010

Memanah MSSM 2010, Tajuddin's 2 Emas 2 Perak

Memanah SK, Sultan Ahmad Tajuddin mencipta sejarah tersendiri apabila mencapai kejayaan di Pertandingan Memanah MSSM yang diadakan di Seremban Negeri Sembilan. Kejayaan ini dicapai melalui Nur Auni Syifa Naim yang mendapat 1 emas dari acara berpasukan dan 2 perak iaitu acara 30 meter dan acara keseluruhan. Manakala Nur Aina Salsabila pula telah memenangi 1 emas dalam acara berpasukan. Pasukan ini dibimbing oleh Pn.Syamiza Amir Ibrahim dan dibantu oleh Pn. Wan Rohaini Mohamad dan Pn.Noraini Yusuf. Ini merupakan penyertaan tahun kedua SKSAT dalam memanah apabila Kelab Memanah ditubuhkan pada tahun lalu(2009). Tahun lalu murid SKSAT membawa pulang satu pingat perak di peringkat negeri...
"Bukan mudah untuk berada di tahap sekarang. Kita kena tahu kesukaran yang terpaksa dihadapi untuk mencapai kejayaan itu, mungkin pencapaian ini sukar diulangi generasi akan datang tapi murid dan guru SKSAT akan berusaha" SKSAT yang sentiasa menyahut cabaran
WARGA SKSAT MENGUCAPKAN
. .....TAHNIAH.........100X


Kejohanan Memanah MSSM 2010 yang telah pun berlangsung pada 7 - 11 Jun melibatkan 14 buah negeri seluruh Malaysia dengan penyertaan seramai 350 peserta memanah. Sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang hujan turun dengan lebatnya.... tetapi tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta memanah termasuklah pegawai-pegawai yang bertugas.
Pada hari terakhir kejohanan...iaitu pada majlis perasmian penutup..hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan keadaan padang dibanjiri air..namun semangat kesukanan peserta-peserta sanggup tunggu hingga majlis berakhir walapun majlis perasmian berakhir pada lewat petangnya..
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNS, Tuan Hj. Amir Sharifuddin.
Juara Keseluruhan ialah pasukan daripada Selangor Darul Ehsan.. petikan berita memanah

No comments:

Post a Comment