KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Monday, June 28, 2010

Program Pemantapan Akedemik Tahun 6

27 Jun 2010, Bertempat di Bustani Hotel Jitra, Bimbingan Kaunseling dan Aliran Tahun 6 SKSAT telah mengadakan Program Pemantapan Akedemik Tahun 6. Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi persediaanmurid untuk menghadapi UPSR pada hujung september nanti. Pada tahun lepas seramai 64 murid mencapai 5A dan 93% lulus.



Untuk Berjaya, Anda MESTI Buat 2 Perkara!

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur - Perhimpunan Agung MIC ke-42

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat.

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang billionaire minyak.

Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.

Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan, serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.

Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.

Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:

  • Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
  • Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.

No comments:

Post a Comment