KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Thursday, July 30, 2009

SEJARAH SKSAT

SEJARAH KEWUJUDAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra ini terletak di Jalan Changlun kira-kira satu km dari Pekan Jitra. Tanah asalnya ialah kawasan dusun dan kebun kelapa seluas 13.0436 ekar yang dikelilingi Kampung Teluk Nibung, Kampung Nyior dan Kampung Hijrah. Sekolah ini mula membuka pintunya pada hari Rabu 11 Januari 1956 dengan nama JITRA ENGLISH SCHOOL. Ia merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di Kubang Pasu. En Lim Sin Chaw, bekas guru Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Star ditugaskan sebagai guru besar pertama disamping 3 orang guru penolong.

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Raja Muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 November 1956 (Sultan Kedah masa kini). Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin (SSAT) iaitu mengikut nama Sultan Kedah yang ke 24 (Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879) nenda kepada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) dinamakan setelah semua sekolah aliran kebangsaan sepenuhnya di adakan di peringkat kebangsaan.


Guru-guru besar yang pernah mentadbir di sekolah ini ialah

En Lim Sin Chaw

1956 – 1965

En Thong Yin Yaow

1966 – 1981

En Mohd Inon b Din

1981 – 1991

En Ramli bin Yaacob

1991 – 1991

Tn Hj Zakaria bin Othman

1991 – 1994

Pn Hjh Azizah bt Abd Razak

1994 – 2006

En K.Thachanamurthy

2006


VISI

SKSAT

SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN

MISI

Memberi pendidikan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara


MOTO
Usaha Tangga Kejayaan


5 comments:

  1. Salam! Saya Zati Syafiqah. Saya adalah bekas pelajar SKSAT. Alhamdullillah saya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ni. Saya nak berterima kasih kepada semua cikgu yang telah mengajar saya selama ni. Dan saya sentiasa mendoakan SKSAT sentiasa berjaya dan dapat mengekalkan sebagai sekolah kluster.. Amin.. Salam!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:47 PM

    kepada semua cikgu2 yg baru atau lama kalau nak tgk muka Guru besar sekolah Mohd Inon bin Din lawat la Facebook saya nizam zainal atau pmamu21@yahoo.com.. ada dua gambar.. satu masa saya darjah satu tahun 1981 dan darjah 4 1984, tapi gambar Guru besar hanya ada dalam tahun 1984, terima kasih kepada semua guru x kira guru lama atau baru..

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:32 PM

    hi, gua sekolah kat situ zaman 75-80, waktu itu Thong Yin Yeow ada guru besar dan anaknya juga sama class dengan kami semua. Cikgu Johari Baharom mengajar kami waktu darjah 6A !

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:00 AM

    Anybody from 1985-86 class(darjah 5MP/6M).Visit me at FB Kannan Kutti VC

    ReplyDelete