KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Sunday, January 31, 2010

Pengawas 2010

Guru Penasihat dan barisan utama pengawas

Pengawas SKSAT

Perlantikan dan Pemakaian baju Ketua Pengawas
oleh YDP PIBG


Ketua Pengawas SKSAT 2010
Abdul Azeem Abdul Halim
Ketua dan Penolong-penolong Ketua Pengawas













































Perlantikan, Ikrar dan Kursus Pengawas 2010







Peranan dan Tanggungjawab Pengawas dan Ketua Kelas



HIRAKI MASYARAKAT SEKOLAH




Guru Besar
Penolong Kanan



Guru



Pengawas



Ketua Kelas



Pelajar




Pengawas - Konsep Pimpin dan Memimpin



Pimpin






  • bimbing



  • pandu






  • tunjuk

    Memimpin






  • memegang tangan menunjukkan jalan






  • melatih seseorang






  • mengepalai atau mengetuai sesuatu badan
    Pemimpin






  • Memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai ketokohan untuk memimpin






  • Pandai mempergunakan orang yang dipimpin untuk bekerjasama dengan bersungguh supaya terlaksana sesuatu pekerjaan



Ciri Asas




Kemahuan untuk memimpin






  • -sebagai penjaga/ketua



  • -sebagai pemandu arah



  • -sebagai pembuat keputusan



  • -sebagai petindak



  • -sebagai pembawa perubahan



  • -sebagai tenaga perancang









  • Kejelasan Matlamat

    peranan/tugas
    tumpuan organisasi
    strategi untuk mencapai matlamat
    aktiviti/program organisasi



Ciri Seorang Pemimpin
























  1. Tegas dan Konsisten - apabila keputusan telah diambil, laksanakan dengan tegas, bersungguh, serius dan bukan sekadar sambil lewa atau ragu-ragu










  2. Iklas dan Sabar - melaksanakan tugas kerana amanah. Dugaan akan membuat kita lebih cekal dalam mencapai matlamat










  3. Mengambil berat akan seluruh organisasi - sifat ini akan menawan kepercayaan dan arahan akan dipatuhi dengan rela hati, hormat dan ikhlas.










  4. Cergas dan cerdas - cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat tindakan atau keputusan. Tindak-tanduk sentiasa diperhatikan sebagai kayu ukur.










  5. Mempunyai budi bicara/pertimbangan - pada saat genting, tidak melulu atau mengutamakan emosi sahaja.










  6. Kebolehan merancang - semua kegiatan dirancang dengan teliti, difahami dengan mendalam dan terlaksana.













Peranan Seorang Pemimpin














Tanggungjawab pada diri sendiri.
























  • berdisiplin dan bersahsiah mulia










  • maju dalam ilmu/ akademik dan kokurikulum










  • berhemah tinggi










  • prihatin










  • mesra










  • berkeyakinan










  • tidak mementingkan diri sendiri










  • positif, dll













Tanggungjawab terhadap sekolah
























  • melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah










  • menjaga nam baik sekolah










  • memelihara iklim sekolah yang baik










  • bangga akan sekolah













Tanggungjawab terhadap guru
























  • memberii maklumat dan maklumbalas










  • bersama-sama membenteras masalah










  • menghormati mereka seperti ibu bapa













Tanggungjawab terhadap pelajar lain
























  • mengambil berat akan masalah pelajar lain










  • menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar










  • berinteraksi dan menghormati mereka










  • menunjukkan teladan/menjadi "role model"


























Interaksi dalam Kumpulan














Tinggi dalam Kuasa
























  • Menasihat










  • menyelaras










  • Menganalisis










  • Memulakan










  • Memimpin










  • Mengarah










  • Mengkritik










  • Tidak peduli










  • Menimbangkan










  • Menentang













Rendah dalam Kuasa
























  • Bersetuju










  • Membantu










  • Mengikut




  • Sependapat



  • Merelakan



  • Mengizinkan



  • Mengelak
    Menyerah
    Berundur
    Menarik diri



Gaya Kepimpinan




Autoritarian
-berpusat kepada ketua yang percaya bahawa jika ahli kumpulan tidak dipimpin dengan cergas mereka akan terbiar dan kurang daya untuk bergerak sendiri
-ahli lazimnya akan bergantung kepada ketua dan setengahnya akan berada dalam keadaan tidak puas hati serta tidak berkeyakinan



Demokratik
-menghormati bakat dan keupayaan ahli
-ketua percaya ahli mempunyai kebolehan mereka sendiri dan dapat menggunakannya
-bekerjasama dengan ahli untuk menentukan pencapaian arah dan hasil yang diingini




Laissez-faire
-ketua tidak memainkan peranan langsung kerana berpandangan ahli kumpulan bertanggungjawab membuat keputusan, menentukan arah dan memastikan tugas tercapai.
-biasanya kumpulan menjadi terumbang-ambing dan tiada sesiapa yang mahu bertanggungjawab.




Wednesday, January 27, 2010

Perkasa Sekolah

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa
Terhadap Murid:
Guru ini menunjukkan mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitifhubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-muridkenal, hormati dan percayai murid-muridmengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritismenjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainyamenggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaranhadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.
Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasamelakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guruberfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalamanadil dalam menilai dan menggredfleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaranbersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaranseorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainyasering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-muridmerancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaransecara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevanmenyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasaseorang yang pakar dalam bidang yang dia ajarseorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatanjuga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnyaaktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainyamenjadi ahli kepada komuniti yang belajarbina dan mengekalkan perhubungan profesionalbekerja dalam organisasi sekolah yang luasSecara Peribadinya:
Seorang Guru Yang Perkasa itu sentiasa menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi guru yang perkasa lagi berkesan berfikirn terbuka, berlapang dada, merendah diri dan bersikap optimistik.

Tuesday, January 19, 2010

Cilik SKSAT








Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)

Latih Sukan Thp 1





Wajah Pentadbir 2010

Pengurus Sekolah..
2010 penuh cabaran?

Penolong Kanan Pentadbiran
Tokoh SKPM.....


Tugas dan cabaran baru HEM....
dari potfolio KK yang penuh gemilang dan terbilang

Mererung cabaran yang menanti...
PKK baru......

Pentadbir Istimewa yang "maintain"

Wajah-wajah pentadbir SKSAT pada hari mesyuarat staf pertama 2010.

Antara cabaran staf :
Melaksanakan NKRA - menuju sekolah berpretasi tinggi(SBT)
Program LINUS
Mengekalkan momentem UPSR di tahap yang terbaik dan cemerlang

Lawatan Ke Kterengganu
















Catatan Lawatan Guru-guru SKSAT ke Kuala Terengganu
Tarikh : 17 Februari 2010
Guru terlibat : 50 orang ( 2 bas MARA Liner)
Pilot : PK 1 (Tn Hj. Abd.Wahab Md.Noor)

Jam 9.30 malam 17.02.10 (Rabu) bertolak dari SKSAT
5.30 pagi 18.02.10 (Khamis) singgah Solat Subuh di sebuah Masjid di Terengganu
6.45 pagi bertolak ke KT dan bersarapan di Stesen Bas
9.15 pagi - 12.15 pagi(Tujuan Utama) Lawatan ke SK Sultan Sulaiman 1 ( Sekolah Kluster )
-terima kasih kepda staf dan murid SKSs1 kerana menerima dan melayan kami dari
SKSAT
1.00 tengahari - Check In di Hotel Kenangan yang penuh dengan kenangan
3.00 petang - ke Pusat Tamadun Islam (Masjid Kristal) . Ada yang melawat Masjid Kristal, naik TTI River Cruise, makan Cendol Pulut KT kat Food Court
4.45 petang - merayau membeli n belah ke Pasar Payang
7.00 petang - balik hotel -makan bihun tapau
ada yang makan sendiri di sekitar Hotel dan kena :"angpau".. makan nasi goreng
sayur sup dan minuman kena bayar RM90.00 untuk 6 orang.. hebat makanan di
Kuala Terengganu
8.00 malam - melawat ke Pusat Membeli Belah terbesar Mydin
10.30 malam - berada di Tanjung - makanmakan ikan bakar di tepi tanjung sampai 12 malam
7.00 pagi - makan di tempat yang "terkena" angpau... masih tak serik
9.00 pagi - Check Out dan bertolak ke Kota Bharu
10.00 pagi - Singgah makan dan beli keropok (satu setengah jam di sini) ada yang dapat
untung di sini,,, mengaku drebar..dapat le bonus.
1.00 thari - tiba di KB -- kaum hawa cari tempat niagapasar khadijah n kaum adam solat
Jumaat di Masjid Muhammadi
4.00 petang - bertolak pulang
12.00 malam- sampai





Ceria Guru

Teacher Hapizah

Teacher Jaridah Ramli

Hasna Md Noh

Teacher Jothi

DR.FISH DISLEKSIA
(Norfishah Sharif)

KATA-KATA MUTIARA
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)


Keceriaan 2010




Wajah SKSAT 2010






Pengiktirafan UPSR