Naib Johan Kuiz Agama Negeri 2004
Johan Kuiz Agama Negeri 2006
Naib Johan Kuiz Agama Negeri 2007
Johan Hafazan Negeri 2008
(Najla Muhammad Asri)
Tokoh Maal Hijrah 2008
(Nur Izyan Adlina Zainuddin)
LAPAR DAN KENYANG
Julai 26, 2007 oleh khairole
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Untuk renungan dan amalan bersama.
Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada10 kemudaratan.
LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, danmenerangi pengelihatan hati KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembutdan bercahaya. KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidakmerasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahayaAllah.
LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Disaat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,hatinya akan tenang. KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuananakan memenuhi hati.
LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakalcerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihatbala di dunia. KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparandan lupa bala Allah.
LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentukmaksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu. KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyanganadalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hatimanusia.
LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yangdihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.Otak kekurangan oksigen.
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadahkerana pintu godaan syaitan tertutup. KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnyamenyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya padaAllah.
LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakitkerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandunganmakanan yang dimakan. KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit sepertidiebetis, taun dan lain-lain.
LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatanekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaanterhadap makanan. KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untukmendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negaramenghadapi krisis ekonomi yang hebat.
LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lainterutama fakir miskin dan anak yatim. KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lainseterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
Sahabatku sekalian, lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlahbahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adamdan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan denganberlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripadaterlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang padadiri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agaranggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kitaakan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dansemoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.Berusaha, berjaya! wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment