KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Friday, August 7, 2009

sksat AKHBAR n MEDIA


Rakaman TV9/Pendidikan
'Sekolah Perkasa'




Keratan Akhbar'Robotik"



Beradu nasib - 18 peserta ke pertandingan akhir

PESERTA Kategori B (Sekolah Menengah) yang bertanding di peringkat separuh akhir di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SERAMAI 18 peserta akan berentap merebut tempat terbaik bagi tiga kategori dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka ExxonMobil-Utusan 2003. Mereka berjaya ke peringkat itu setelah melepasi peringkat separuh akhir yang melibatkan 64 peserta di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi kategori A (Terbuka) peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Mohd, Radzi Abdul Hamid dan Intan Marhayu Rahman yang mendeklamasikan puisi Ini Ruang Persembahan Sebuah Perjuangan karya Ratna Laila Sahidin.

Nor Zailani Mohd. Nuzi dan Ahmad Asri Khalbi juga juga berjaya ke peringkat akhir setelah mereka bertenaga mendeklamasikan puisi yang sama iaitu Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi.

Lain-lain peserta ialah Abdul Aziz Marzuki (Pamplet Kemerdekaan Kepada Generasiku karya Zainal Rashid Ahmad) dan Amaruszati Nor Rahim (Taman Peradapan karya Shamsuddin Othman).

Bagi Kategori B (Sekolah Menengah) yang menampilkan peserta secara duet memberi peluang kepada enam pasangan bertanding ke peringkat akhir.

Tan Sie Mai dan Noorain Abd. Rahman (SMK Convent, Klang, Selangor) berjaya ke peringkat ini setelah mendeklamasikan puisi Lagu Kemerdekaan karya Kemala. Mohd. Taufiq Junaidi dan Muhd. Firdaus Ismail (SMK La Salle, Sentul, Kuala Lumpur) memilih Di Hujung Pasir karya Jihaty Abadi manakala Syazza Izzatie Mohd. Rasidi dan Mohd. Othman Razali (SMK Tanah Merah, Kelantan) juga berjaya setelah mendeklamasikan karya Hashim Yaaco, Kitalah Tuan.

Dua pasangan dari SMK Teknik, Sungai Buluh, Selangor berjaya ke peringkat akhir iaitu Mohd. Amirul Hafiz Basuri dan Ikmal Khairil Azhar Ahmad Ruslan (Tok Janggut karya Rahimidin Zahari) serta Nur Afiqah Abu Bakar dan Nur Soffinas Zainol (Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga karya Sazalee Yacob).

Dari Perak pula muncul Wan Firdaus Abdul Rahim dan Nor Salasiah Rosli (SMK Temenggong Kati, Kuala Kangsar) yang mendeklamasikan karya Mohamad Salleh Rahmad, Mencari Wira.

Pertandingan akhir juga akan menyaksikan beberapa pelajar Kategori Sekolah Rendah (C) mengulangi kejayaan ke peringkat itu tahun lalu. Antaranya ialah Umie Nazirah Mustapa dan Ikmal Din Baharuddin.

Bagaimanapun, kali ini mereka tidak muncul secara solo. Umi Nazirah dan Muhammad Haziq Md. Khairul Anuwar (SK Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor) berjaya setelah mendeklamasikan puisi karya Ahmad Sarju, Kemerdekaan Itu.

Ikmal Din pula berpasangan Mohd. Hanafi Hafizal (SK Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor) memilih karya Ami Masra, Pesan Pahlawan di Semantan. Turut layak ialah Muhammad Izz Taufiq Sazalee dan Erniey Farha Ahmad (SK Jelawat, Bachok, Kelantan) yang memilih sajak A. Samad Said, Di Sisi Menara.

Pasangan adik beradik, Muhammad Amsyar Mohd. Azli Lee dan Abdul Alim (SK Seri Biram, Pekan, Pahang) yang mendeklamasikan Mencari Wira karya Mohd Salleh Rahamad juga berjaya ke peringkat akhir.

Mempertaruhkan sajak Negeri Ini Anak karya Marsli N.O membawa tuah kepada satu lagi pasangan adik beradik dari SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah iaitu Nurliyana Khalidah Ahmad Shukri dan Nur Fatin Akmal.

SK Sungai Binjai, Meru, Klang juga berbangga apabila Nur Afifah Mustapha dan Luqman Nulhakeem Abdul Rahim berjaya ke peringkat akhir setelah mendeklamasikan puisi Merdeka karya S.M. Zakir.

Mereka dipilih oleh panel hakim; Prof. Madya Rahman Shaari, Rosminah Tahir, Siti Zaleha Hashim dan Lim Swee Tin.

Peserta akan bertanding untuk merebut hadiah RM2,000 (johan), RM1,000 (Naib Johan) dan RM700 (Ketiga) bagi setiap kategori. Manakala, peserta yang berjaya ke peringkat akhir diberi saguhati RM400.





No comments:

Post a Comment