KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Thursday, August 6, 2009

Photo VVIP n SKSAT



KPPM Datuk Alimudin serta Pengarah Pengarah Pelajaran dan
pegawai JPN Kedah bergambar bersama
guru dan murid Caklempong SKSAT



Murid SKSAT hadiah dari
Menteri Perusahaan Awam
Dato' Muhamad Khaled Nordin



Murid SKSAT yang menjadi
Naib Johan Puisi Kemerdekaan
Peringkat Kebangsaan 2003 menerima hadiah
daripada Menteri, Datuk Zaharah Sulaiman


Anugerah NILAM Kebangsaan oleh
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Datuk Ahmad Sipon
kepada murid SKSAT



Menteri Pendidikan melawat Pameran Kualiti SKSAT
dan menyaksikan persembahan robotik
di BPG 2003


Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad
melawat pameran sekolah kualiti SKSAT

Datuk ambrin Buang
KSU Kementerian Pendidikan

KPPM Datuk Rafei Mahat melawat SKSAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Datuk Rafie Mahat menandatangani buku lawatan
ke SKSAT ( 2 kali berkunjung ke SKSAT)






Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2002
VIP - Tan Sri Musa Mohammad
Menteri Pendidikan


Pelancaran Memperkasa SK di Kubang Pasu


Noor Rezan menurunkan tandatangan beliau sambil diperhatikan oleh sebahagian pendidik dan pelajar yang hadir di majlis tersebut.


Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Teras 3 iaitu Memperkasa Sekolah Kebangsaan Peringkat Daerah Kubang Pasu dilancarkan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra.

Noor Rezan berkata, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan dalam menghadapi persaingan abad ke-21.

Katanya objektif memperkasa sekolah kebangsaan bertujuan untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada kanak-kanak sekolah tanpa mengira bangsa, kaum dan agama yang dianuti supaya menjadi sekolah pilihan utama masyarakat negara ini.

Beliau yakin dengan majlis pelancaran ini daerah Kubang Pasu telah menyusun program yang terancang untuk membantu meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik ke arah negara Maju 2020 seperti yang direncanakan.

Katanya, empat faktor lain dalam menentukan objektif memperkasa sekolah kebangsaan seperti penyerapan unsur agama dalam sistem perdana, penyediaan pengajaran bahasa ibunda, sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan ibu bapa dan telah merancang untuk menyediakan latihan secara berterusan kepada semua warga pendidik di samping meningkatkan kualiti prasarana di sekolah jenis ini agar dapat menyumbang kepada pembentukan insan cemerlang.

``Saya harap penekanan lain seperti melahirkan pelajar bumiputera yang menguasai ilmu selaras dengan usaha membangunkan modal insan dan merapatkan jurang pendidikan di kalangan pelajar Melayu luar bandar turut dilaksanakan,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis yang dihadiri lebih 2,300 pendidik di daerah tersebut.

Sempena majlis perasmian itu Noor Rezan turut menyampaikan Anugerah Khas Sekolah Cemerlang daerah itu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Darul Aman kerana pencapaian terbaik dalam bidang akademik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara untuk pencapaian terbaik Pusat Sumber Sekolah dan SMK Pulau Nyior untuk pencapaian terbaik Kokurikulum.

Bagi kategori Anugerah Sekolah Perkasa Daerah pula dimenangi oleh SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Jitra, SK Bandar Darul Aman, SM Sultan Abdul Halim dan SMK Jitra.

Manakala Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat Kebangsaan dimenangi oleh SRJK Choong Hwa Kodiang (Sekolah Cemerlang Sekolah Kurang Murid Luar Bandar), SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra (Sekolah Cemerlang Lonjakan Saujana Kokurikulum), SMK Hosba (Sekolah Cemerlang Lonjakan Saujana STPM) dan SMK Jitra.

Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Kepimpinan berkesan dan berkualiti kepada Guru Cemerlang SK Jitra 3, Roslan Desa, bekas Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin, Azizah Razak, Penolong kanan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Osman Noor dan Pengetua Cemerlang SMK Pulau Nyior, Yahya Tahrin.

Universiti Utara Malaysia (UUM), Institut Perguruan Darul Aman, Kolej Komuniti dan beberapa sekolah di daerah ini turut menyediakan ruang pameran untuk memeriahkan majlis itu.




No comments:

Post a Comment