KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Tuesday, November 24, 2009

Johan Kebangsaan Sketsa Petronas 2008

Didik (Berita Harian) 23 November 2008
Oleh : Noor Azlina Zainudin

SK Sultan Ahmad Tajuddin
Juara Sketsa Streetsmart

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah mengungguli Pertandingan Akhir Sketsa Petronas Streetsmart - Lessons For Life Peringkat Kebangsaan 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre(KLPac), Sentul Park, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sekolah itu yang mempersembahkan sketsa bertajuk Kereta Kancilku berjaya menewaskan 14 sekolah lain dari seluruh negara untuk membawa pulang wang tunai RM4000,plak,cenderahati sumbangan Kedai Eksplorasi Petronas dan sijil penyertaan.
Tempat kedua dimenangi SK Tasik Permai,Ampang,Selangor yang menerima wang tunai RM3000,plak,cenderahati sumbangan Kedai Eksplorasi Petronas dan sijil penyertaan dengan sketsa bertajuk Basikal.
SK.Tampin, Negeri Sembilan yang mempersembahkan sketsa bertajuk Kisah Tok Ali pula memenangi tempat ketiga dengan RM2000 plak,cenderahati sumbangan Kedai Eksplorasi Petronas dan sijil penyertaan.
Manakala 11 pasukan lain menerima hadiah saguhati wang tunai RM800, plak,cenderahati sumbangan Kedai Eksplorasi Petronas dan sijil penyertaan. Mereka terdiri daripad SK.Pangkal Nering,Kelantan,SK.Tanjung Minyak,Melaka, SK. Jawi,Pulau Pinang dan SK.Pekan Satu,Labuan.Turut menerima hadiah saguhati ialah SK.Danau Perdana,Kuala Lumpur, SK.Taman Kota Jaya,Johor, SK.Tasek,Terengganu, SK,Dua Sungai,Sarawak, SK.Presint 8,(1) Putrajaya, SK.Lahad Datu 2,Sabah; SK.Taman Panglima, Perak; dan SK.Gau, Pahang.
Hadiah kepada pemenamg disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jaalan Raya Malaysia (JKJR), Datuk Suret Singh. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn.Bhd, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.
Menurut Tengku Nasariah, program Petronas Streetsmart dianjurkan bertujuan memupuk kesedaran tentang keselamatan jalanraya dikalangan generasi muda, terutama golongan kanak-kanak.
Katanya, program itu telah diperkenalkan pada tahun 2001 dan menjelajah ke seluruh negara dalam bentuk pameran interaktif bagi mendidik kanak-kanak betapa pentingnya pendidikan keselamatan jalan raya kerana mereka adalah golongan paling berisiko untuk terbabit kemalang terutama semasa pergi dan balik dari sekolah.
"Pertandinag sketsa satu daripada aktiviti di bawah Petronas streetsmart untuk memberi peluang peserta mempersembahkan konsep sains dan keselamatan jalan raya menerusi persembahan teater sekali gus meningkatkan daya kreativit mereka," katanya



Johan Sketsa Smart Street Petronas Kebangsaan 2008



Watak-watak utama kejayaan


Johan Negeri



.



No comments:

Post a Comment