KENALI SKSAT :

Blog yang akan mengumpul dan memapar mengenai sejarah, peristiwa,aktiviti, kejayaan, perkembangan serta gambar-gambar sk. sultan ahmad tajuddin, jitra, kedah sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan yang mungkin akan menjadi sejarah atau satu nostalgia pada satu masa nanti..

PENTADBIRAN
GURU BESAR : K.THACANAMURTHY
PK PENTADBIRAN : HJ.ABD.WAHAB B. MD.NOOR
PK HE MURID : AB.RASHID B. ABDULLAH
PK KOKURIKULUM : MOHD NIZAM B. SAIDIN
PK PEND.KHAS : HJH.HAYATI BT. ARIFIN


JUMLAH GURU : 84 ORANG

JUMLAH MURID : 1077 MURID

MISI; Memberi pendidkan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang selaras dengan aspirasi negara

VISI : SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT ASEAN

Tuesday, November 24, 2009

Naib Johan Pidato Piala DiRaja 2007

ARKIB : 18/08/2007 Utusan Malaysia

Ariff johan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA 17 Ogos – Pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja, Ariff Azali Azman menewaskan enam peserta lain untuk muncul sebagai johan pada pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan Ke-25 bagi kategori sekolah menengah di sini hari ini.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru, Amira Aisya Abdul Aziz pula menjadi johan bagi kategori sekolah rendah.

Kemenangan itu membolehkan Ariff Azali membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,000 manakala Amira Aisya pula menerima sebuah piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pertandingan kali ini diadakan dalam dua kategori iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah.

Enam peserta layak ke peringkat akhir bagi kedua-dua kategori itu daripada 32 penyertaan di seluruh negara.

Tempat kedua bagi kategori menengah dimenangi oleh Muhammad Rafi Md. Yusop dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang) dan ketiga, Nurul Hidayah Sulaiman dari Sekolah Menengah Sains Muar (Johor).

Masing-masing menerima sebuah piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800 dan RM600.

Bagi kategori sekolah rendah, tempat kedua disandang oleh Nur Farah Hanim Ahmad Nazri dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan Fatin Fatini Ismadi dari Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah (Perlis) di tempat ketiga.

Masing-masing menerima sebuah piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM600 dan RM400.

No comments:

Post a Comment